Friday, February 26, 2010

PROGRAM JUARA RAKYAT DUN SURA

Program Juara Rakyat Dun Sura akan berlangsung pada 26 hingga 27 Februari 2010 di Dataran Padang Merdeka Dungun. DJ-Dj popular Tfm akan bersama anda sepanjang dua hari yang dipenuhi pelbagai acara menarik. Pada 26 Feb 2010 Forum Perdana (9.00 malam) 27 Februari bermula seawal 8.00 pagi dengan acara senamrobik , Ujibakat Bintang kecil, Klasik dan P.Ramlee, Pertandingan mewarna kanan-kanak, Sukaneka (tarik tali, semakin jauh semakin sayang dan boling kelapa) dan Kembara amal Juara Rakyat.

FORUM PERDANA SEMPENA MAULIDUR RASUL

Forum Perdana Sempena Maulidur Rasul bertajuk ” Hati gajah sama Dilapah, Hati Kuman Sama Dicecah’ akan berlangsung pada 26 Februari 2010 jam 9.00 malam di Dataran Padang Merdeka, Dungun.

Barisan ahli panel terdiri daripada Tuan Hj Abdul Halim Awang (Timbalan Mufti Negeri Terengganu), Ustaz Wahairi Mahmud (Uitm Dungun) dan pengerusi ialah Ustaz Wan Ahmad Wan Mamat (Uitm Dungun).

Semua dijemput hadir.

Wednesday, February 17, 2010

PERADUAN MENULIS ESEI UDM KAMPUS KUSZA

Kepada orang ramai yang berminat untuk menyertai pertandingan menulis Esei Sempena Sambutan maulidur rasul anjuran UDM Kampus Kusza bolehlah menghubungi Urusetia Pertandingan di talian 096653700/096653701/096669531.

Tuesday, February 16, 2010

PENGAMBILAN ANGGOTA PASUKAN SUKARELA PERTAHANAN AWAM

Jabatan Pertahanan Awam sedang membuat pengambil anggota Pasukan Sukarela Pertahanan Awam Daerah Kuala Terengganu.

warganegara Malaysia yang berumur 18 hingga 45 tahun, sihat tubuh badan mempunyai ketinggian 1.57m(lelaki) 1.50m (wanita) berat badan 48kg bagi lelaki dan 40 kg bagi wanita.

Anda yang berminat sila datang ke Pejabat Jabatan Pertahanan Awam Jalan Lapangan Terbang Kuala Terengganu untuk sesi temuduga. Anda juga boleh layari laman sesawang www.civildefence.gov.my

Sunday, February 14, 2010

LAWATAN KELUARGA BANDUAN SEMPENA TAHUN BARU CINA

Lawatan Keluarga Banduan/Juvana sempena Sambutan tahun baru Cina tahun ini adalah seperti berikut:

  • Semua Institusi Penjara, Pusat Permulihan Akhlak dan Sekolah Hendry Gurney lawatan ditetapkan pada 15 dan 17 Februari 2010 (Selasa dan Rabu)
  • Tempat tahanan Perlindungan Kemunting Taiping (Tahanan ISA sahaja) lawatan ditetapkan pada 14 dan 15 Februari 2010 (Ahad dan Isnin)
  • Semua lawatan di Institusi-institusi penjara ditutup pada hari pertama dan kedua Perayaan Tahun baru Cina kecuali bagi tempat tahanan Keminting, Taiping.

Pelawat dikenhendaki mematuhi peraturan Institusi Penjara ketika melawat dan keutamaan lawatan pada hari berkenaan diberi kepada keluarga banduan di kalangan kaum cina sahaja.

Saturday, February 13, 2010

Program Juara Rakyat

Juara Rakyat Daerah Besut

YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia akan merasmikan Program Juara Rakyat Di Dewan Majlis daerah Kampung Gong Kemuntong, Jertih Besut, Terengganu pada pukul 9.00 pagi

Semua dijemput hadir.

Juara Rakyat Daerah Kuala Terengganu

YAB Tan Sri Muhyidin Bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia akan merasmikan Program Juara Rakyat Peringkat Daerah Kuala Terengganu pada 13 Februari 2010 (Sabtu) pukul 2.30 petang di Stadium Negeri Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

YAB Timbalan Perdana Menteri Juga akan menyampaikan Hadiah Kecemerlangan Pelajar Yayasan Terengganu tahun 2010 bagi Parlimen Kuala Terengganu.

Semua dijemput Hadir.

PESTA WAU CHENDERING

JKKK Kampung Raja Chendering dan Persatuan Harapan Kampung Raja akan mengadakan Pesta Wau Chendering pada 13 hingga 15 Februari 2010 bertempat di Padang Bola Kampung Raja Chendering, Kuala Terengganu

Selain pertandingan dan pameran wau orang ramai juga boleh menyertai acara sampingan seperti sukaneka dan mewarna bagi kanak-kanak.

Pesta akan bermula pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YAB Dato’ Ahmad bin Said Menteri Besar Terengganu pada 13 Februari 2010 pukul 11.00 pagi.

Semua dijemput hadir.

Friday, February 12, 2010

MAJLIS SEHATI SEJIWA BERSAMA MENTERI BESAR

Majlis Sehati Sejiwa bersama YAB Menteri Besar Terengganu akan berlangsung pada 12 Februari 2010 (Jumaat) pukul 8.00 pagi di Padang Bola Binjai, Kemaman.

Acara yang diadakan sempena majlis tersebut ialah Perasmian Majlis Sehati Sejiwa, Perasmian Bangunan Tabika KEMAS Kg Rumah Murah Binjai, Gotong Royong Bersama YAB Menteri Besar di Kg Pengkalan Binjai, Membaiki rumah di Kg Tok Kapor, Binjai dan Pertandingan anyaman ketupat, gubahan tuala untuk wanita.

Semua dijemput hadir.

Tuesday, February 2, 2010

BOLASEPAK PIALA FA

Saksikan Perlawanan Bolasepak Pusingan pertama Piala FA antara pasukan T-Team dengan Shahzan Muda, Pahang pada 2 Februari 2010 pukul 8.45 malam di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Sokonglah pasukan T-Team..dataglah beramai-ramai

Saturday, January 30, 2010

CUKAI PINTU

Majlis Daerah Hulu Terengganu telah mengeluar dan mengedarkan bil-bil Cukai Pintu bagi setengah tahun pertama 2010.

Pemilik harta yang masih belum menerima bil-bil cukai pintu masing-masing bolehlah mendapatkannya di jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Daerah Hulu Terengganu.

Bil-bil tersebut hendaklah dijelaskan sebelum 28 Februari 2010. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan harta anda disita mengikut seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1970 (AKTA 171).

Friday, January 29, 2010

BAS BANDAR

PERKHIDAMATAN BAS BANDAR (BERBADAN KAYU)

1.Perkhidmatan bas disediakan pada orang ramai meliputi laluan Chendering dan laluan Taman Tamadun Islam.
2.Jadual perjalanan bas bagi laluan Chendering bermula dari pukul 9 pagi-7 petang setiap hari, manakala bagi laluan Taman Tamadun Islam bermula dari pukul 11 pagi-5 petang setiap hari.
3. Tambang bas bagi laluan -laluan tersebut adalah RM1.00 sahaja untuk satu perjalanan sehala.Kutipan tambang menggunakan sistem “Electronic Ticketing Machine”
4.Perkhidmatan bas bagi laluan baru iaitu laluan Batu Enam/Gong Badak akan mula beroperasi pada hujung bulan ini. Kadar tambang RM1.00-RM2.00 akan dikenakan kepada penumpang.
Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, silalah berhubung terus dengan Pengurus Operasi di talian 013-9340551 atau Penyelia Operasi
013 9641051.

Saturday, January 23, 2010

Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Negeri Terengganu

Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Negeri Terengganu akan berlangsung di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu bermula 23 - 25 Januari 2010. Program dianjurkan oleh JPN Terengganu dan diurusetiakan oleh BTPN Terengganu melibatkan seramai 62 peserta SM dan SR Negeri Terengganu Harap maklum.

Friday, January 22, 2010

Polis Bersama Masyarakat

IPK Terengganu ,IPD Kuala Trengganu dengan kerjasama Majlis Kebudayaan

Negeri Terengganu akan mengadakan Program Kempen Pencegahan

Jenayah (Mesra Rakyat) pada:

Tarikh : 23 Januari 2010 (Sabtu)

Tempat : Pentas Astaka Batu Buruk

Masa : 12.00 tg - 6.00 ptg

Pelbagai acara menarik diadakan antaranya:

- Tarian Kebudayaan

- Slot nyanyian PDRM

- Senamrobik Poco-Poco (kebudayaan)

Semua dijemput hadir

Pusat karaoke disita, pemilik didenda

KUALA TERENGGANU - Sebuah pusat karaoke di pusat Bandaraya Kuala Terengganu disita manakala pemiliknya dikenakan denda apabila didapati memiliki salinan langganan dalam bentuk sistem berkomputer digital lagu tempatan dan antarabangsa dalam satu serbuan sepasukan Penguat Kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Terengganu dan Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), dekat sini, semalam.

Pengarah PPDNKK negeri, Mohd Hilmi Mohd Noor berkata, serbuan itu adalah serbuan pertama pada tahun ini membabitkan pusat karaoke yang disiasat me-ngikut Seksyen 41(1)(d) di bawah Akta Hak Cipta 1987.

“Dalam serbuan ini kita turut merampas beberapa perisian cetak rompak yang dipercayai mengandungi pelbagai jenis salinan langganan lagu yang tidak dilesenkan kepada RIM.

“Serbuan ini dijalankan hasil maklumat orang ramai dan RIM yang mendakwa pusat karaoke ini menggunakan perisian cetak rompak serta mengaut keuntungan dengan menggunakan salinan itu,” katanya kepada pemberita selepas melakukan serbuan di pusat karaoke itu.

Dalam serbuan tersebut seramai 20 orang anggota terlibat dan diketuai Timbalan Pengarah PPDNKK negeri, Ab Ghani Harun.

Kata Mohd Hilmi, jika sabit kesalahan pemilik pusat karaoke itu boleh didenda minimum RM2,000 dan maksimum RM20,000 bagi setiap salinan lagu.

Dalam pada itu, Pengarah Operasi RIM, Abdul Rahman Ghazali turut memaklumkan bahawa terdapat kira-kira 10 pusat karaoke di negeri ini menggunakan perisian cetak rompak.

“Daripada pemantauan yang dilakukan, hampir 90 peratus lagu yang digunakan lagu tempatan, justeru itu, RIM mewakili 170 buah syarikat rakaman di negara ini turut bertanggunjawab untuk membanteras kegiatan yang menyalahi Akta Hak Cipta ini.

“Berikutan penggunaan peri-sian cetak rompak ini juga, industri muzik negara menerusi rakaman muzik dan muzik karaoke mengalami kerugian kira-kira RM60 juta setahun,” katanya.

Justeru, Abdul Rahman berharap orang ramai dapat bekerjasama dengan melaporkan kepada pihaknya secara terus sekiranya mendapati terdapat mana-mana pusat karaoke menggunakan perisian cetak rompak,” katanya.