Saturday, January 30, 2010

CUKAI PINTU

Majlis Daerah Hulu Terengganu telah mengeluar dan mengedarkan bil-bil Cukai Pintu bagi setengah tahun pertama 2010.

Pemilik harta yang masih belum menerima bil-bil cukai pintu masing-masing bolehlah mendapatkannya di jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Daerah Hulu Terengganu.

Bil-bil tersebut hendaklah dijelaskan sebelum 28 Februari 2010. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan harta anda disita mengikut seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1970 (AKTA 171).

Friday, January 29, 2010

BAS BANDAR

PERKHIDAMATAN BAS BANDAR (BERBADAN KAYU)

1.Perkhidmatan bas disediakan pada orang ramai meliputi laluan Chendering dan laluan Taman Tamadun Islam.
2.Jadual perjalanan bas bagi laluan Chendering bermula dari pukul 9 pagi-7 petang setiap hari, manakala bagi laluan Taman Tamadun Islam bermula dari pukul 11 pagi-5 petang setiap hari.
3. Tambang bas bagi laluan -laluan tersebut adalah RM1.00 sahaja untuk satu perjalanan sehala.Kutipan tambang menggunakan sistem “Electronic Ticketing Machine”
4.Perkhidmatan bas bagi laluan baru iaitu laluan Batu Enam/Gong Badak akan mula beroperasi pada hujung bulan ini. Kadar tambang RM1.00-RM2.00 akan dikenakan kepada penumpang.
Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, silalah berhubung terus dengan Pengurus Operasi di talian 013-9340551 atau Penyelia Operasi
013 9641051.

Saturday, January 23, 2010

Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Negeri Terengganu

Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Negeri Terengganu akan berlangsung di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu bermula 23 - 25 Januari 2010. Program dianjurkan oleh JPN Terengganu dan diurusetiakan oleh BTPN Terengganu melibatkan seramai 62 peserta SM dan SR Negeri Terengganu Harap maklum.

Friday, January 22, 2010

Polis Bersama Masyarakat

IPK Terengganu ,IPD Kuala Trengganu dengan kerjasama Majlis Kebudayaan

Negeri Terengganu akan mengadakan Program Kempen Pencegahan

Jenayah (Mesra Rakyat) pada:

Tarikh : 23 Januari 2010 (Sabtu)

Tempat : Pentas Astaka Batu Buruk

Masa : 12.00 tg - 6.00 ptg

Pelbagai acara menarik diadakan antaranya:

- Tarian Kebudayaan

- Slot nyanyian PDRM

- Senamrobik Poco-Poco (kebudayaan)

Semua dijemput hadir

Pusat karaoke disita, pemilik didenda

KUALA TERENGGANU - Sebuah pusat karaoke di pusat Bandaraya Kuala Terengganu disita manakala pemiliknya dikenakan denda apabila didapati memiliki salinan langganan dalam bentuk sistem berkomputer digital lagu tempatan dan antarabangsa dalam satu serbuan sepasukan Penguat Kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Terengganu dan Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), dekat sini, semalam.

Pengarah PPDNKK negeri, Mohd Hilmi Mohd Noor berkata, serbuan itu adalah serbuan pertama pada tahun ini membabitkan pusat karaoke yang disiasat me-ngikut Seksyen 41(1)(d) di bawah Akta Hak Cipta 1987.

“Dalam serbuan ini kita turut merampas beberapa perisian cetak rompak yang dipercayai mengandungi pelbagai jenis salinan langganan lagu yang tidak dilesenkan kepada RIM.

“Serbuan ini dijalankan hasil maklumat orang ramai dan RIM yang mendakwa pusat karaoke ini menggunakan perisian cetak rompak serta mengaut keuntungan dengan menggunakan salinan itu,” katanya kepada pemberita selepas melakukan serbuan di pusat karaoke itu.

Dalam serbuan tersebut seramai 20 orang anggota terlibat dan diketuai Timbalan Pengarah PPDNKK negeri, Ab Ghani Harun.

Kata Mohd Hilmi, jika sabit kesalahan pemilik pusat karaoke itu boleh didenda minimum RM2,000 dan maksimum RM20,000 bagi setiap salinan lagu.

Dalam pada itu, Pengarah Operasi RIM, Abdul Rahman Ghazali turut memaklumkan bahawa terdapat kira-kira 10 pusat karaoke di negeri ini menggunakan perisian cetak rompak.

“Daripada pemantauan yang dilakukan, hampir 90 peratus lagu yang digunakan lagu tempatan, justeru itu, RIM mewakili 170 buah syarikat rakaman di negara ini turut bertanggunjawab untuk membanteras kegiatan yang menyalahi Akta Hak Cipta ini.

“Berikutan penggunaan peri-sian cetak rompak ini juga, industri muzik negara menerusi rakaman muzik dan muzik karaoke mengalami kerugian kira-kira RM60 juta setahun,” katanya.

Justeru, Abdul Rahman berharap orang ramai dapat bekerjasama dengan melaporkan kepada pihaknya secara terus sekiranya mendapati terdapat mana-mana pusat karaoke menggunakan perisian cetak rompak,” katanya.